Friday, April 26, 2013

UKHUWAH ATAS KEIMANAN...=)


ASSALAMUALAIKUM,
Entry blog yang pertama saya,saya nak cerita apa itu ukhuwah…hehe,..ukhuwah yang rasanya manis daripada buah ataupun sweeeeeet..hehe
‘’Sinergi’’…hehe…suka sangat dengan buku ni,,bukan saja mentarbiyah diri saya,malah mengajar saya apa itu erti ukhuwah,
’1+1=3…konsep ukhuwah yang dibina atas dasar iman,1 adalah individu,,+adalah keimanan.di dalam tiga terdapat dua 1 dan satu lagi adalah yang luar biasa.terhasil daripada hubungan dua individu yang berteraskan keimanan.
Sesiapa yang mendirikan ukhuwah mereka atas dasar keimanan,pastinya menghasilkan sesuatu yang luar biasa.kekuatan yang luar biasa,kebahagiaan yang luar biasa,ketabahan yang luar biasa,kecekalan yang luar biasa dan kesungguhan yang luar biasa.’’
Sweet kan ayat ni,sebenarnya saya begitu tertarik dengan penulisan penulis novel ini yang menghuraikan maksud ukhuwah dengan begitu mendalam sekali,,selama ni,saya begitu teringin nak bagitau sahabat2 saya tentang mengapa saya sangat sayang persahabatan saya dengan mereka,tapi,saya tak tahu macam mana nak jelaskan..
Saya  begitu suka dengan novel sinergi ini,oleh itu,saya bertekad untuk bedah buku ini sendiri untuk dikongsi dengan sahabat2 saya…hehe…^_^,,dalam mengenal erti persabatan,saya semestinya masih banyak yang perlu dipelajari…

 BAB 1
Mereka itu penjahat,kita adalah malaikat,itu bukan di tangan kau untuk putuskan,mungkin sahaja bertukar sebelum kiamat,maka pandanglah dengan iman,nanti kau akan nampak ruang kesatuan.
Dalam permulaan cerita ini,mengisahkan tentang  DISASTER  FIVE  yang selalu memberi masalah dan porak perandakan kawasan irbid. Mereka sangat memusuhi  PERMAI. Dalam buku ini irfan dan asid juga diceritakan tentang keakraban mereka,sampaikan boleh digelar ‘’couple of the year’’ kalau mereka itu berlainan jantina.
Permulaan cerita jalinan ukhuwah yang begitu hebat bagi saya,terselit rasa ingin selalu memperbaharui hubungan saya bersama sahabat2 saya.hehe…rindu kat mereka. Ada beberapa dialog dalam bab ini yang saya sangat tertarik.antaranya ialah :
habis,kita dibesarkan dalam suasana apa?zaman nabi?,asid menjawab.
Irfan mengeleng,’’ kita dibesarkan dalam suasana yang sama dengan mereka juga. Tapi,dengan izin Allah, kita diberi nikmat kefahaman. Bukan semua orang  dapat merasa nikmat macam kita’’
‘’tetapi kita berusaha mencari. Fikrah islam yang ada pada kita bukan datang bergolek.’’saifuddin menyuakan perbezaan.
‘’sebab itulah,kita yang sudah jumpa,yang sudah dapat nikmat fikrah islam inilah yang perlu berusaha dan bergerak mendekati mereka.  Mengajak mereka. Kita tidak boleh terus berkata yang bukan-bukan kepada mereka. Mereka itu dakwah kita’’ irfan menjawab
Irfan mengingatkan  pada sabda rasullullah SAW;
‘’sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat’’ (RIWAYAT BUKHARI)
Saya  rasa bergetar hati  bila terbaca ayat2 ni,terkenang masa zaman kanak2 saya,saya seorang yang tidak suka bergaul dengan kenkawan yang bermasalah,bagi saya,mereka ini hanya kan menghancurkan hidup saya,actually,saya juga bukannya baik sangat dulu,banyak salah dan kekurangan,=_=’’..hidayah itu milik Allah,kita yang faham,tugasnya menyampaikan,bukan menghukum.masalah kepada keruntuhan peribadi yang elok dalam diri seseorang bermula daripada masalah keimanan. Nama sahaja islam, tetapi tidak mempunyai keimanan kepada Allah menyebabkan  diri tiada akhlak muslim.
‘’qudwah qabla dakwah, maksudnya tunjuk contoh  sebelum menyampaikan. Itu yang memberikan kesan’’. Zayd daud menjelaskan.
Selain itu,diperkenalkan juga apa itu sinergi yang memberi kesan kepada diri saya. Saya sangat tertarik  dengan makna  sinergi ini kerana bagi saya ianya sangat memberi kesan kepada  diri saya.
‘’ dua orang yang bersam-sama, mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang yang mampu lakukan,sesuatu yang luar biasa. itulah makna sinergi.1+1=3, BUKANNYA 2’’.

BAB 2
IBARAT BANGUNAN YANG MENENTUKAN KEUTUHANNYA ADALAH DASAR  BINAAN,MAKA, YANG MEMUTUSKAN KEHIDUPAN INSAN ADALAH KEIMANAN KEPADA TUHAN
Dalam bab ini,penulis lebih menekankan tentang keimanan yang menjadi teras hidup seorang yang bergelar muslim. Bagi orang yang beriman iaitu yang mengenal Tuhan,dirinya lebih positif dalam segenap hal. saya sebenarnya tak berapa arif tentang konsep akidah ini, tapi,bagi saya,semua orang mesti belajar mengenal Allah,pemantapan akidah sangat penting,hal ini kerana,ianya akan menjadi kayu ukur kepada diri kita sendiri untuk mencorak kehidupan pada masa akan datang. Bukan itu sahaja,saya percaya,bila akidah seseorang itu sudah mantap,maka keimanannya juga akan terpelihara..walaupun iman seseorang  ada naik dan turunnya,bagi orang yang  beriman.ianya akan jatuh,tapi ianya akan menunjukkan graf yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Irfan mengangguk.tawazun bermaksud keseimbangan. Sebagai hamba Allah,seorang muslim itu perlulah mengamalkan tawazun dalam kehidupan. Barulah hidup berjalan dengan baik. seseorang itu mampu melaksanakan pelbagai kerja dan tugas. Dengan ini, barulah islam akan bergerak ke hadapan kerana mempunyai orang-orang yang proaktif dan efisien.
‘’ iman itu perlu jadi masdar kita’’
Faiz memberikan perhatian. Iman perlu dijadikan masdar, bermakna  iman itu perlu dijadikan sebagai perlembagaan, asas dalam kehidupan. Segala tindakan,perancangan, semuanya perlu dimulakan atas dasar keimanan kepada Allah SWT.
‘’jangan tersasar’’
Faiz menggangguk. Keimanan kepada Allah SWT adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan insane. Iman adalah kepercayaan. Keyakinan. Kepercayaan dan keyakinan kepada azab seksa dan balasan ganjaran daripada Allah SWT,adalah benteng utama dalam memandu manusia menjalani kehidupan yang baik. dan untuk mendapat pengakhiran yang terbaik.
Jika iman menjadi perlembagaan, maka segala perintah Allah SWT akan menjadi penanda arah kepada perjalanan insan. Bukan nafsu. Bukan perasaan. Kepimpinan yang menjadikan keimanan kepada Allah SWT sebagai titik tolak dalam menjalankan tanggungjawab ,tidak akan dirasuk oleh kekuasaan,ketamakan,dan hasad dengki. Sekali gus mengelakkan gila kuasa, salah guna kuasa dan sebagainya.
Hanya keimanan yang mampu memandu seseorang ke arah kejayaan,kecemerlangan dan kegemilangan. Keimanan akan membawa manusia mentaati apa yang diperintahkan Allah.perintah Allah SWT  itu adalah satu kebaikan.
rasanya,sampai di sini dulu entry pertama saya untuk kalian…insyaAllah akan disambung dengan pengisian lain pada entry akan datang,,,,salam..=)


No comments:

Post a Comment

Ce KOMEN cket ^_^ ......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Teratak Qalbi. Design by Lily SweetHoneyZz