Sunday, April 28, 2013

CINTA TANPA SYARAT



‘’DAN HENDAKLAH ENGKAU MERENDAHKAN DIRI KEPADA KEDUA-DUANYA DENGAN PENUH BELAS KASIHAN DAN KASIH SAYANGMU,DAN DOAKANLAH (UNTUK MEREKA,DENGAN BERKATA) :’’WAHAI TUHANKU! CUCURILAH RAHMAT KEPDA MEREKA BERDUASEBAGAIMANA MEREKA TELAH MENCURAHKAN KASIH SAYNGNYA MEMELIHARA DAN MENDIDIKKU SEMASA KECIL’’ (AL-ISRAK : 17 :24)

ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!...YA RABB, ampunilah segala dosaku,sama ada yang disengajakan atau yang tidak disengajakan,ampunilah dan berkatilah kedua ibu bapaku dengan kasih sayangMU yang tidak pernah padam,rahmatilah mereka dan jagalah mereka seperti mana mereka menjagaku dengan penuh kasih sayang hingga seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap ke tubuhku…AMIN..

ITULAH DOA SAYA SETIAP KALI USAI SOLAT..

Tak tahulah, kenapa hari ni, mudah sangat air mata ni jatuh ke pipi tatakala membaca doa ini,padahal,saya membacanya berkali kali. Mungkin saya rasa rindu akan pelukan mak yang begitu hangat dan penuh kasih sayang, mungkin juga saya rindu wajah indah mak dan abah yang dah lama tidak saya lihat. Ya!!!!!..saya memang rindukan mak..mak seorang insan yang sangat lembut hatinya,mudah terusik hatinya,tapi sifatnya penuh manja dan kelakar. Mungkin kerana itu,saya amat merindui wajahnya dan dirinya. Abah pula,walaupun kami jarang bertegur sapa,tapi sifatnya yang penuh kasih sayang sentiasa buat aku terisi..walaupun abah garang,tapi,disebalik sifatnya itu,dia sentiasa lakukan yang terbaik buat semua anak-anaknya.
ITULAH BUAH HATI KAMI….

MAK TAK MARAH…

Pemaaf…..itulah sifat yang ALLAH turunkan bersama kepada setiap insan yang bergelar ibu dan ayah.

‘’along, aku sedih,ada mak cik kat kilang ni,anak dia dapat 2A je dalam SPM,tapi,dapat laptop…aku dapat 7A,tapi,tak ada seorang pun yang bagi aku hadiah…aku cemburu.kenapa aku tak ada mak dan ayah macam tu yang sangat menghargai anak dia’’

Itulah luahan hati yang masih saya ingat ketika ada seorang mak cik di tempat kerja saya bercerita mengenai hadia yang bakal diberikan kepada anaknya.

‘’ mak cik nak bagi anak mak cik laptop sebab dia dapat 2A dalam SPM, mak zura tak bagi apa2?’’

Soalan itu membuatkan hati saya lagi berdarah…huhu
Seminggu saya tak bercakap dengan mak..mak perasan,tapi dibiarkan sahaja. saya cuba menunjukkan tanda protes.menunggu jawapan dan pujukan mak..tapi,mak biarkan sahaja.sehingga hujung minggu,along balik ke rumah. Ketika itu,waktu solat maghrib,saya masih melayan karton,membiarkan mak menegur saya kerana melambat-lambatkan solat.

’awa,tengok tv,bile nak sembahyang ???????’’

Tidak menjawab.

’awa marah kat mak sebab tak bagi apa2 untuk spm ??’’

‘’tak’’

Sepatah saya menjawab.

Saya dapat lihat wajah kesal diraut wajah mak.usai solat,mak memanggil saya.macam biasa, mak akan cakap slow2 dengan saya selepas selesai solat. Masih tergiang-giang kata2 dari mak,

’awa,mak tak mampu nak bagi awa kemewahan,tapi,mak bangga dengan awa,sekurang kurangnya,anak mak ni menjadi. Anak yang baik.mak tak marah pun kalo awa rasa marah kat mak sebab semua ni salah mak.mak tak mampu nak bagi apa yang awa nak.maafkan mak’’

Urgggggghhhh…deras dan hangat air mengalir ke pipi. Tak dapat dibendung!!!!

CINTA TANPA SYARAT!!!


MEREKA ADALAH INSAN YANG PALING MUDAH MEMAAFKAN SAYA WALAUPUN BERKALI KALI SAYA MENYAKITI HATI MEREKA.

Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kekurangan dan atas penerimaaan itu,mereka mengasihi kami TANPA SYARAT!!!..Allah titipkan perasaan sikap pengasih dan penyayang untuk makhlukNya mengasihi TANPA SYARAT  pada naluri dan hati seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Manusia akn saling menyayangi dan mengasihi antara 1 sama lain,tapi,yang pasti,hanya ibu bapa yang dapat mengasihi anak-anaknya TANPA SYARAT. Seorang ibu dan ayah mampu memjaga 10 orang anak sendirian,tapi,seorang anak belum tentu mampu memjaga seorang ibu ataupun ayah apabila mereka sudah tua kelak. Apabila kita sakit,tangan dan bahu ibu yang menjadi pengubatnya,tapi,bila ibu minta suapkan makanan tatkala sakit,selalu sahaja terpacul perkataan yang menyakiti hati mereka.

Anak-anak jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang kala tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ayah dan ibu, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak- anaknya. Bukan setahun dua, malah majoriti nyawa dan usia.
Mereka membelai kita dengan CINTA TANPA SYARAT
Mereka mudah memaafkan kita dengan CINTA TANPA SYARAT
Mereka kasih akan kita dengan CINTA TANPA SYARAT
Mereka mencintai kita dengan CINTA TANPA SYARAT

Begitulah cinta tanpa syarat seorang insane yang bergelar ayah dan ibu.

ABAH,MAK
AKU MENGERTI, BUKAN KEKAYAAN YANG KALIAN BEKALKAN KEPADAKU,TAPI,KEMEWAHAN JIWA YANG KALIAN PENUHI DALAM KEHIDUPANKU,
BUKAN KETINGGIAN DARJAT YANG KALIAN SEMAIKAN DALAM DIRIKU,TAPI,KECEMERLANGAN AGAMA YANG KALIAN BENIHKAN DALAM DIRIKU,
BUKAN KEPUJIAN MANUSIA YANG KALIAN SEMATKAN DALAM HATIKU,TAPI,KEPUJIAN KEPADA PENCIPTA YANG KALIAN PAHATKAN DALAM HATIKU.

ADA PERKARA YANG KITA TIDAK DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH,CONTOHNYA SIAPA IBU BAPA KITA,BAGAIMANA RUPA PARAS KITA,BILA TARIKH KEMATIAN KITA,DAN SEBAGAINYA.TAPI KETAHUILAH SETIAP PERKARA YANG DIATURKAN ALLAH PUNYA HIKMAHNYA AGAR SETIAPA APA YANG BERLAKU,ADA PENGAJARANNYA…JADI,JANGANLAH KITA MERUNGUT,LAPANGKAN DADA,SESUNGGUHNYA ,

APA SAHAJA YANG MENJADI PILIHAN ALLAH,ADALAH YANG TERBAIK UNTUK SETIAP HAMBANYA..YAKINLAH DENGAN SETIAP PERHITUNGAN ALLAH KEPADA KITA..=)
,
UCAPKANLAH SYUKUR DIATAS NIKMAT PEMBERIAN KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN CINTA TANPA SYARAT!!!
 TERIMA KASIH MAK DAN ABAH!!!

WASALAM.



No comments:

Post a Comment

Ce KOMEN cket ^_^ ......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Teratak Qalbi. Design by Lily SweetHoneyZz