Friday, April 26, 2013

MANISNYA UJIAN

''YA ALLAH,
janganlah KAU bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah KAU bebankan kepada orang sebelum kami.

YA ALLAH,
janganlah KAU pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya,
ampunilah kami dan rahmatilah kami. engkaulah penolong kami, maka,tolonglah kami.

(AL-BAQARAH : 286 )

melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi,mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan membuatkan kita terlintas segera dalam perasaan,'' DIA DISISI ALLAH MUNGKIN LEBIH BAIK DARIPADA DIRIKU INI''

sedarlah wahai sahabat sekalian, kita semua akan melalui bicara dan didikan TUHAN menerusi pentas ujian. kita mengharapkan ujian akan memebawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. ujianlah yang telah membawa  Musa a.s kepada pelbagai kurniaan.

demikian juga kita harapkan untuk diri kita yang hina. untuk itu,merintihlah kepada ALLAH seperti Musa a.s ''RABBI INNI LIMA ANZALTA ILAIYA MIN KHAIRIN FAQIR'' (wahai TUHANku, sesungguhnya aku ini fakir
 kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan..)

ketahuilah sahabat,dengan ujian sebenarnya akan mengajar kita supaya enjadi seorang yang lebih kuat..merintih dan berdoalah kepadaNYA tanpa rasa jemu dan putus asa..ALLAH SENTIASA MENDENGAR SETIAP RINTIHAMU...(^_^)

No comments:

Post a Comment

Ce KOMEN cket ^_^ ......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Teratak Qalbi. Design by Lily SweetHoneyZz