ASSALAMUALAIKUM,
Entry blog yang pertama saya,saya nak cerita apa itu ukhuwah…hehe,..ukhuwah
yang rasanya manis daripada buah ataupun sweeeeeet..hehe
‘’Sinergi’’…hehe…suka sangat dengan buku ni,,bukan saja
mentarbiyah diri saya,malah mengajar saya apa itu erti ukhuwah,
‘’1+1=3…konsep ukhuwah yang dibina atas
dasar iman,1 adalah individu,,+adalah keimanan.di dalam tiga terdapat dua 1 dan
satu lagi adalah yang luar biasa.terhasil daripada hubungan dua individu yang
berteraskan keimanan.
Sesiapa yang mendirikan ukhuwah mereka atas
dasar keimanan,pastinya menghasilkan sesuatu yang luar biasa.kekuatan yang luar
biasa,kebahagiaan yang luar biasa,ketabahan yang luar biasa,kecekalan yang luar
biasa dan kesungguhan yang luar biasa.’’
Sweet kan ayat ni,sebenarnya saya begitu tertarik dengan
penulisan penulis novel ini yang menghuraikan maksud ukhuwah dengan begitu
mendalam sekali,,selama ni,saya begitu teringin nak bagitau sahabat2 saya
tentang mengapa saya sangat sayang persahabatan saya dengan mereka,tapi,saya tak
tahu macam mana nak jelaskan..
Saya begitu suka
dengan novel sinergi ini,oleh itu,saya bertekad untuk bedah buku ini sendiri untuk
dikongsi dengan sahabat2 saya…hehe…^_^,,dalam mengenal erti persabatan,saya
semestinya masih banyak yang perlu dipelajari…
BAB 1
Mereka itu penjahat,kita adalah malaikat,itu
bukan di tangan kau untuk putuskan,mungkin sahaja bertukar sebelum kiamat,maka
pandanglah dengan iman,nanti kau akan nampak ruang kesatuan.
Dalam permulaan cerita ini,mengisahkan tentang DISASTER
FIVE yang selalu memberi masalah
dan porak perandakan kawasan irbid. Mereka sangat memusuhi PERMAI. Dalam buku ini irfan dan asid juga
diceritakan tentang keakraban mereka,sampaikan boleh digelar ‘’couple of the
year’’ kalau mereka itu berlainan jantina.
Permulaan cerita jalinan ukhuwah yang begitu hebat bagi saya,terselit
rasa ingin selalu memperbaharui hubungan saya bersama sahabat2 saya.hehe…rindu
kat mereka. Ada beberapa dialog dalam bab ini yang saya sangat
tertarik.antaranya ialah :
‘’habis,kita dibesarkan dalam suasana apa?zaman nabi?,asid
menjawab.
Irfan mengeleng,’’ kita dibesarkan dalam suasana yang
sama dengan mereka juga. Tapi,dengan izin Allah, kita diberi nikmat kefahaman.
Bukan semua orang dapat merasa nikmat
macam kita’’
‘’tetapi kita berusaha mencari. Fikrah islam yang ada
pada kita bukan datang bergolek.’’saifuddin menyuakan perbezaan.
‘’sebab itulah,kita yang sudah jumpa,yang sudah dapat
nikmat fikrah islam inilah yang perlu berusaha dan bergerak mendekati
mereka. Mengajak mereka. Kita tidak
boleh terus berkata yang bukan-bukan kepada mereka. Mereka itu dakwah kita’’
irfan menjawab
Irfan mengingatkan
pada sabda rasullullah SAW;
‘’sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat’’
(RIWAYAT BUKHARI)
Saya rasa bergetar
hati bila terbaca ayat2 ni,terkenang
masa zaman kanak2 saya,saya seorang yang tidak suka bergaul dengan kenkawan
yang bermasalah,bagi saya,mereka ini hanya kan menghancurkan hidup
saya,actually,saya juga bukannya baik sangat dulu,banyak salah dan
kekurangan,=_=’’..hidayah itu milik Allah,kita yang faham,tugasnya
menyampaikan,bukan menghukum.masalah kepada keruntuhan peribadi yang elok dalam
diri seseorang bermula daripada masalah keimanan. Nama sahaja islam, tetapi
tidak mempunyai keimanan kepada Allah menyebabkan diri tiada akhlak muslim.
‘’qudwah qabla dakwah,
maksudnya tunjuk contoh sebelum menyampaikan.
Itu yang memberikan kesan’’. Zayd daud menjelaskan.
Selain itu,diperkenalkan juga apa itu sinergi yang memberi
kesan kepada diri saya. Saya sangat tertarik dengan makna
sinergi ini kerana bagi saya ianya sangat memberi kesan kepada diri saya.
‘’ dua orang yang bersam-sama, mampu
menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang yang mampu lakukan,sesuatu
yang luar biasa. itulah makna sinergi.1+1=3,
BUKANNYA 2’’.
BAB 2
IBARAT BANGUNAN YANG MENENTUKAN KEUTUHANNYA
ADALAH DASAR BINAAN,MAKA, YANG
MEMUTUSKAN KEHIDUPAN INSAN ADALAH KEIMANAN KEPADA TUHAN
Dalam bab ini,penulis lebih menekankan tentang keimanan yang
menjadi teras hidup seorang yang bergelar muslim. Bagi orang yang beriman iaitu
yang mengenal Tuhan,dirinya lebih positif dalam segenap hal. saya sebenarnya
tak berapa arif tentang konsep akidah ini, tapi,bagi saya,semua orang mesti
belajar mengenal Allah,pemantapan akidah sangat penting,hal ini kerana,ianya
akan menjadi kayu ukur kepada diri kita sendiri untuk mencorak kehidupan pada
masa akan datang. Bukan itu sahaja,saya percaya,bila akidah seseorang itu sudah
mantap,maka keimanannya juga akan terpelihara..walaupun iman seseorang ada naik dan turunnya,bagi orang yang beriman.ianya akan jatuh,tapi ianya akan
menunjukkan graf yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Irfan mengangguk.tawazun bermaksud
keseimbangan. Sebagai hamba Allah,seorang muslim itu perlulah mengamalkan
tawazun dalam kehidupan. Barulah hidup berjalan dengan baik. seseorang itu
mampu melaksanakan pelbagai kerja dan tugas. Dengan ini, barulah islam akan
bergerak ke hadapan kerana mempunyai orang-orang yang proaktif dan efisien.
‘’ iman itu perlu jadi masdar kita’’
Faiz memberikan perhatian. Iman perlu
dijadikan masdar, bermakna iman itu
perlu dijadikan sebagai perlembagaan, asas dalam kehidupan. Segala tindakan,perancangan,
semuanya perlu dimulakan atas dasar keimanan kepada Allah SWT.
‘’jangan tersasar’’
Faiz menggangguk. Keimanan kepada Allah SWT
adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan insane. Iman adalah
kepercayaan. Keyakinan. Kepercayaan dan keyakinan kepada azab seksa dan balasan
ganjaran daripada Allah SWT,adalah benteng utama dalam memandu manusia
menjalani kehidupan yang baik. dan untuk mendapat pengakhiran yang terbaik.
Jika iman menjadi perlembagaan, maka segala
perintah Allah SWT akan menjadi penanda arah kepada perjalanan insan. Bukan
nafsu. Bukan perasaan. Kepimpinan yang menjadikan keimanan kepada Allah SWT
sebagai titik tolak dalam menjalankan tanggungjawab ,tidak akan dirasuk oleh
kekuasaan,ketamakan,dan hasad dengki. Sekali gus mengelakkan gila kuasa, salah
guna kuasa dan sebagainya.
Hanya keimanan yang mampu memandu seseorang
ke arah kejayaan,kecemerlangan dan kegemilangan. Keimanan akan membawa manusia
mentaati apa yang diperintahkan Allah.perintah Allah SWT itu adalah satu kebaikan.
rasanya,sampai di sini
dulu entry pertama saya untuk kalian…insyaAllah akan disambung dengan pengisian
lain pada entry akan datang,,,,salam..=)
No comments:
Post a Comment
Ce KOMEN cket ^_^ ......