‘’DAN HENDAKLAH ENGKAU MERENDAHKAN DIRI KEPADA KEDUA-DUANYA
DENGAN PENUH BELAS KASIHAN DAN KASIH SAYANGMU,DAN DOAKANLAH (UNTUK
MEREKA,DENGAN BERKATA) :’’WAHAI TUHANKU!
CUCURILAH RAHMAT KEPDA MEREKA BERDUASEBAGAIMANA MEREKA TELAH MENCURAHKAN KASIH
SAYNGNYA MEMELIHARA DAN MENDIDIKKU SEMASA KECIL’’ (AL-ISRAK : 17 :24)
ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!...YA RABB, ampunilah segala
dosaku,sama ada yang disengajakan atau yang tidak disengajakan,ampunilah dan
berkatilah kedua ibu bapaku dengan kasih sayangMU yang tidak pernah
padam,rahmatilah mereka dan jagalah mereka seperti mana mereka menjagaku dengan
penuh kasih sayang hingga seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap ke
tubuhku…AMIN..
ITULAH DOA SAYA SETIAP KALI USAI SOLAT..
Tak tahulah, kenapa hari ni, mudah sangat air mata ni jatuh
ke pipi tatakala membaca doa ini,padahal,saya membacanya berkali kali. Mungkin
saya rasa rindu akan pelukan mak yang begitu hangat dan penuh kasih sayang,
mungkin juga saya rindu wajah indah mak dan abah yang dah lama tidak saya
lihat. Ya!!!!!..saya memang rindukan mak..mak seorang insan yang sangat lembut
hatinya,mudah terusik hatinya,tapi sifatnya penuh manja dan kelakar. Mungkin
kerana itu,saya amat merindui wajahnya dan dirinya. Abah pula,walaupun kami
jarang bertegur sapa,tapi sifatnya yang penuh kasih sayang sentiasa buat aku
terisi..walaupun abah garang,tapi,disebalik sifatnya itu,dia sentiasa lakukan
yang terbaik buat semua anak-anaknya.
ITULAH BUAH HATI KAMI….
MAK TAK MARAH…
Pemaaf…..itulah sifat yang ALLAH turunkan bersama kepada
setiap insan yang bergelar ibu dan ayah.
‘’along, aku sedih,ada mak cik kat
kilang ni,anak dia dapat 2A je dalam SPM,tapi,dapat laptop…aku dapat
7A,tapi,tak ada seorang pun yang bagi aku hadiah…aku cemburu.kenapa aku tak ada
mak dan ayah macam tu yang sangat menghargai anak dia’’
Itulah luahan hati yang masih saya ingat ketika ada seorang
mak cik di tempat kerja saya bercerita mengenai hadia yang bakal diberikan
kepada anaknya.
‘’ mak cik nak bagi anak mak cik laptop sebab
dia dapat 2A dalam SPM, mak zura tak bagi apa2?’’
Soalan itu membuatkan hati saya lagi berdarah…huhu
Seminggu saya tak bercakap dengan mak..mak perasan,tapi
dibiarkan sahaja. saya cuba menunjukkan tanda protes.menunggu jawapan dan pujukan
mak..tapi,mak biarkan sahaja.sehingga hujung minggu,along balik ke rumah.
Ketika itu,waktu solat maghrib,saya masih melayan karton,membiarkan mak menegur
saya kerana melambat-lambatkan solat.
‘’awa,tengok tv,bile nak sembahyang ???????’’
Tidak
menjawab.
‘’awa marah kat mak sebab tak bagi apa2 untuk spm ??’’
‘’tak’’
Sepatah saya menjawab.
Saya dapat lihat wajah kesal diraut wajah mak.usai solat,mak
memanggil saya.macam biasa, mak akan cakap slow2 dengan saya selepas selesai
solat. Masih tergiang-giang kata2 dari mak,
‘’awa,mak tak mampu nak bagi awa kemewahan,tapi,mak bangga
dengan awa,sekurang kurangnya,anak mak ni menjadi. Anak yang baik.mak tak marah
pun kalo awa rasa marah kat mak sebab semua ni salah mak.mak tak mampu nak bagi
apa yang awa nak.maafkan mak’’
Urgggggghhhh…deras dan hangat air mengalir ke pipi. Tak dapat
dibendung!!!!
CINTA TANPA SYARAT!!!
MEREKA ADALAH INSAN YANG PALING MUDAH MEMAAFKAN SAYA
WALAUPUN BERKALI KALI SAYA MENYAKITI HATI MEREKA.
Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak
kekurangan dan atas penerimaaan itu,mereka mengasihi kami TANPA SYARAT!!!..Allah
titipkan perasaan sikap pengasih dan penyayang untuk makhlukNya mengasihi TANPA
SYARAT pada naluri dan hati seorang ayah
dan ibu kepada anaknya. Manusia akn saling menyayangi dan mengasihi antara 1
sama lain,tapi,yang pasti,hanya ibu bapa yang dapat mengasihi anak-anaknya
TANPA SYARAT. Seorang ibu dan ayah mampu memjaga 10 orang anak
sendirian,tapi,seorang anak belum tentu mampu memjaga seorang ibu ataupun ayah
apabila mereka sudah tua kelak. Apabila kita sakit,tangan dan bahu ibu yang
menjadi pengubatnya,tapi,bila ibu minta suapkan makanan tatkala sakit,selalu
sahaja terpacul perkataan yang menyakiti hati mereka.
Anak-anak jiwanya tidak sebesar ayah
dan bonda. Kasihnya kadang kala tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang
ayah dan ibu, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak- anaknya. Bukan setahun
dua, malah majoriti nyawa dan usia.
Mereka membelai kita dengan CINTA TANPA SYARAT
Mereka mudah memaafkan kita dengan CINTA
TANPA SYARAT
Mereka kasih akan kita dengan CINTA
TANPA SYARAT
Mereka mencintai kita dengan CINTA TANPA SYARAT
Begitulah cinta tanpa syarat seorang insane yang bergelar
ayah dan ibu.
ABAH,MAK
AKU MENGERTI, BUKAN KEKAYAAN YANG KALIAN BEKALKAN
KEPADAKU,TAPI,KEMEWAHAN JIWA YANG KALIAN PENUHI DALAM KEHIDUPANKU,
BUKAN KETINGGIAN DARJAT YANG KALIAN
SEMAIKAN DALAM DIRIKU,TAPI,KECEMERLANGAN AGAMA YANG KALIAN BENIHKAN DALAM
DIRIKU,
BUKAN KEPUJIAN MANUSIA YANG KALIAN SEMATKAN
DALAM HATIKU,TAPI,KEPUJIAN KEPADA PENCIPTA YANG KALIAN PAHATKAN DALAM HATIKU.
ADA PERKARA YANG KITA TIDAK DIBERI PILIHAN UNTUK
MEMILIH,CONTOHNYA SIAPA IBU BAPA KITA,BAGAIMANA RUPA PARAS KITA,BILA TARIKH
KEMATIAN KITA,DAN SEBAGAINYA.TAPI KETAHUILAH SETIAP PERKARA YANG DIATURKAN
ALLAH PUNYA HIKMAHNYA AGAR SETIAPA APA YANG BERLAKU,ADA PENGAJARANNYA…JADI,JANGANLAH
KITA MERUNGUT,LAPANGKAN DADA,SESUNGGUHNYA ,
APA
SAHAJA YANG MENJADI PILIHAN ALLAH,ADALAH YANG TERBAIK UNTUK SETIAP HAMBANYA..YAKINLAH DENGAN SETIAP PERHITUNGAN ALLAH KEPADA KITA..=)
,
UCAPKANLAH SYUKUR DIATAS NIKMAT PEMBERIAN KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN CINTA TANPA SYARAT!!!
,
UCAPKANLAH SYUKUR DIATAS NIKMAT PEMBERIAN KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN CINTA TANPA SYARAT!!!
TERIMA KASIH MAK DAN ABAH!!!
WASALAM.
No comments:
Post a Comment
Ce KOMEN cket ^_^ ......